Friday, December 13, 2013

Honda Memperlihatkan Konsep “Airbag” Untuk Telefon Pintar?

Pada hari ini, salah satu masalah utama yang dihadapi kebanyakkan pengguna telefon pintar adalah apabila skrin mereka mudah retak dan pecah apabila jatuh ke bawah. Untuk mengatasinya, kini pihak Honda
hadir dengan sebuah konsep khas, berupa sebuah “airbag”.
Honda Smartphone Case N
Beg udara yang biasanya digunakan pada kenderaan diimplementasikan dalam bentuk sebuah kerangka luar untuk telefon pintar. Namun, daripada konsep yang diperlihatkan, kerangka luarnya bersaiz amat besar, dan mungkin tidak muat untuk dimasukkan dalam poket.
Apa pun, seperti biasa, ia hanya sekadar konsep, dan tidak mustahil sekiranya ia diperkembangkan, maka saiz untuk kerangka luarnya dapat dikecilkan.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan konsep “airbag” untuk telefon pintar ini?

No comments:

Post a Comment